AKTA KERJA 1955 & PINDAAN TERKINI TAHUN 2022

12 Januari 2023
Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu
RM700.00 seorang
Kursus Termasuk
  • Nota Kursus
  • Minum Pagi, Makan Tengahari & Minum Petang
  • Sijil Kehadiran

Mulai pada 1 Januari 2023 (sepatutnya 1 September 2022), Akta Kerja 1955 yang telah dipinda mula berkuatkuasa. Pindaan ini akan memberi impak yang besar terutamanya kepada majikan. Pindaan juga telah dibuat terhadap Jadual 1 Akta yang menyebabkan skop liputan Akta terhadap pekerja di Semenanjung Malaysia semakin luas. Maka dengan itu, polisi dan prosedur pengurusan sumber manusia juga turut perlu dikemaskinikan.

Pindaan terbaru ini akan menyebabkan kos majikan di dalam mengurus warga kerja akan bertambah. Kursus ini akan memberi penekanan tentang bagaimana membuat pengkosan kepada perubahan-perubahan yang besar ini. Pada masa yang sama, perbincangan tentang strategi untuk mengurangkan kos perlu di buat oleh pengamal-pengamal pengurusan sumber manusia atau majikan supaya kenaikan kos dapat dikawal dan prestasi serta produktiviti sentiasa meningkat.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir kursus satu hari ini, para peserta akan dapat:

  1. Mengetahui dan mendalami  Akta Kerja Pindaan 2022 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 dan kesan-kesannya kepada sesebuah Syarikat.
  2. Mengetahui siapakah pekerja yang di lindungi di bawah Akta Kerja 1955 dan kesan kepada pindaan yang terbaru.
  3. Memahami kontrak perkhidmatan dan perkara-perkara yang perlu ada di dalam kontrak perkhidmatan.
  4. Menangani isu-isu utama di dalam pemecahan  atau penamatan kontrak perkhidmatan.
  5. Perlindungan bersalin, cuti bersalin yang meningkat, cuti paternity dan perubahan kepada cuti sakit.
  6. Polisi dan prosedur berkenaan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual.
  7. Pengkosan kepada Pindaan Akta Kerja 2022 dan strategi untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti.

TOPIK KURSUS

  1. PINDAAN AKTA KERJA 2022
    • Jadual 1
    • Implementasi pindaan Akta
    • Kesan pindaan dari segi tambahan perbelanjaan Syarikat
    • Norma baru dalam pengurusan pekerja.

2. PENGENALAN KEPADA AKTA

    • Skop Akta
    • Siapa Pekerja Mengikut Akta
    • Kategori Pekerja
    • Jadual 1 – satu perbandingan yang baru dan yang lama
    • Jenis-jenis Pekerja

3. KONTRAK PERKHIDMATAN

    • Definisi Kontrak Perkhidmatan
    • Perbezaan dengan Kontrak untuk Memberikan Perkhidmatan
    • Isikandungan Kontrak Perkhidmatan
    • Mentadbir Kontrak Perkhidmatan

4. PEMECAHAN KONTRAK PERKHIDMATAN

    • Syarat-syarat penamatan kontrak
    • Notis Penamatan Kontrak
    • Penamatan tanpa Notis
    • Pengiraan gaji sebagai ganti notis.

5. PEKERJA WANITA

  • Perlindungan Bersalin
    • Syarat-syarat untuk melayakkan Elaun Bersalin
    • Tambahan cuti bersalin di bawah pindaan yang terbaru
    • Definisi Bersalin
    • Tarikh memulakan Cuti Bersalin
    • Daftar Bersalin

6. FAEDAH-FAEDAH UNTUK PEKERJA  - PINDAAN

    • Cuti Sakit
    • Penghospitalan
    • Cuti Paterniti
  1. PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL
  • Definisi Gangguan Seksual
  • Polisi Gangguan Seksual
  • Tanggungjawab Majikan
  • Laporan Ke Jabatan Tenaga Kerja
  • Penalti mengikut Akta